Terdapat 481 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan "

MOF: Tiada Komitmen Sokongan Pembiayaan Kepada AirAsia Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) setakat ini tidak membuat sebarang persetujuan atau komitmen untuk memberikan sokongan pembiayaan kepada AirAsia Bhd, sama ada dalam bentuk jaminan, pinjaman atau suntikan dana awam.

Usahawan Perlu Atasi Sikap Terlalu Rendah Diri Untuk Raih Modal Teroka Asing - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Usahawan Malaysia perlu mengatasi sikap terlalu merendah diri dan sebaliknya giat membina kemampuan berbicara serta penceritaan yang meyakinkan jika mahu mendapatkan modal teroka asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Cosmos Technology Cadang Ambil Alih 51 Peratus Orisystems Pada RM16.52 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cosmos Technology International Bhd mencadangkan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Orisystems Opto Sdn Bhd pada harga RM16.52 juta.

Unit GDB Peroleh Subkontrak Bernilai RM118.99 Juta Bagi Program Ramalan Banjir Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd (GDB), GDB Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM118.99 juta bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 di Sarawak.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Perbankan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.

Ekonomi Malaysia Kembali Rancak Disokong Dasar Jelas, Pembaharuan Kerajaan - Amir Hamzah

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, Oct 19 (Bernama) -- Mesej Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di sini adalah jelas: ekonomi negara kini kembali rancak, disokong kestabilan politik, dasar jelas, serta pembaharuan berterusan yang mengukuhkan keyakinan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Eksport Malaysia Lepasi Nilai RM200 Bilion Buat Kali Pertama, Naik 54.5 Peratus Pada September

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia melepasi nilai RM200 bilion buat kali pertama pada September, melonjak 54.5 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM215.11 bilion, mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak April 2021.

CIMB Jangka Bank Indonesia Naikkan Kadar Faedah Minggu Ini

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 19 Okt (Bernama) -- CIMB Treasury and Market Research menjangkakan Bank Indonesia (BI) akan menaikkan kadar faedah penanda arasnya minggu ini, lebih awal daripada unjuran sebelum ini pada Disember.

DNB Muktamadkan Pembiayaan Berjangka Islam Bersindiket RM5.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion. 

DNB Percepat Penerimagunaan 5G, Pacu Pertumbuhan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.

Pendedahan Kewangan Kerajaan Terhadap DNB Kini Sifar, Tiada Lagi Bantuan Seterusnya - Fahmi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.

Reformasi Ekonomi Sejak Empat Tahun Lepas Perkukuh Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas telah membantu melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.