19minit ago
ISTANBUL, 12 Nov (Bernama-Anadolu) -- Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Jensen Huang meletak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta ketika siasatan bebas sedang dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing, lapor Anadolu Ajansi.
1jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis disokong disebabkan oleh aktiviti belian semasa harga murah serta kenaikan dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan, kata seorang peniaga.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM100.26 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, daripada RM106.03 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh kejatuhan dalam volum jualan selain kos pengeluaran yang lebih tinggi.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis menjejaki penurunan pada Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
3jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk sesi keempat berturut-turut, ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan merentasi pelbagai sektor sehingga menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
3jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Khamis, namun susut berbanding dolar AS berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengeratkan kerjasama ekonomi dengan China melalui pengukuhan kerjasama antara perniagaan kedua-dua negara, khususnya bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai rantaian bekalan dan meraih manfaat daripada peluang pelaburan yang lebih luas.
4jam ago
SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- JS Trading Ventures Sdn Bhd (JS Tradventures) menjadi komuniti dagangan pertama di Asia yang menerima pengiktirafan Asia Record kerana mencapai peratusan kejayaan dagangan tertinggi dalam perdagangan pelbagai aset sepanjang tempoh dua bulan.
4jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pekebun kecil persendirian berkemungkinan paling terkesan akibat peningkatan stok minyak sawit dan kelemahan harga komoditi itu di Malaysia, menurut penganalisis.
4jam ago
PETALING JAYA, 12 Nov (Bernama) -- Acer Malaysia menyasarkan 1,000 unit peralatan titik jualan (POS) Acer POSWARE di Malaysia menjelang penghujung 2027, berikutan pelancaran rangkaian baharunya hari ini.
4jam ago
GEORGE TOWN, 12 Nov (Bernama) – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PBA Holdings Bhd (PBAHB) hari ini meluluskan cadangan pembelian bekalan air terawat secara pukal dari Perak di bawah Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS), yang dijadual bermula pada 31 Mac 2032.