6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Azmil Khalid sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya yang berkuat kuasa pada 18 Jun, 2026.
6hari ago
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan pasaran modal sebagai sumber pembiayaan alternatif bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengembangan perniagaan yang tidak dapat ditampung sepenuhnya melalui pembiayaan bank konvensional, menurut Bursa Malaysia Bhd.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus mengekalkan momentum prestasi kukuh yang dicatatkan pada 2025 sambil kekal berwaspada terhadap persekitaran luaran yang semakin mencabar dan kompleks.
6hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Turkmenistan dijangka bertukar dokumen penting termasuk dalam minyak dan gas yang menjadi sebahagian daripada agenda bersempena dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara ini bermula Khamis.
6hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup sedikit lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan pengguna, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
6hari ago
PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Perusahan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang mengurangkan harga alat ganti penyelenggaraan servisnya termasuk tenaga kerja sehingga 10 peratus, mulai 19 Jun.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd, mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM80.98 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM34.74 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum perdagangan yang kukuh dalam beberapa bulan akan datang selepas mencatat prestasi perdagangan terbaik dalam sejarah negara bagi empat bulan pertama 2026 meskipun dalam ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.
6hari ago
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perkembangan ledakan kecerdasan buatan (AI) turut membuka peluang besar bagi pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pulau Pinang, terutama bidang yang menyokong rantaian nilai semikonduktor, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).