1bulan ago
IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Pelabur yang berhasrat meneroka potensi unsur nadir bumi (REE) di negara ini perlu berkongsi teknologi mereka, selain bersedia terlibat secara langsung dalam keseluruhan rantaian bekalan merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menaikkan unjuran harga purata 2026 bagi kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bulan terdekat yang disenaraikan di Bursa Malaysia kepada RM4,453 satu tan daripada RM4,300 satu tan yang dikekalkan sejak Oktober 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Saham-saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut sebanyak 2.66 peratus dalam dagangan awal Khamis walaupun telah mengumumkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- YTL Power International Bhd dan JLand Group menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan kampus pusat data baharu berskala gigawatt di Sedenak Tech Park West (STeP), Johor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah dijangka kekal kukuh melebihi RM4,600 satu tan pada September, disokong oleh asas bekalan yang semakin ketat dan gangguan geopolitik yang berterusan terhadap aliran perdagangan global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) meningkat ketara kepada RM414 juta pada suku kedua berakhir pada 30 Jun 2026 berbanding kerugian bersih RM1.08 bilion bagi tempoh sama setahun sebelumnya.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan operasi pelabuhan, mengurangkan tempoh peralatan yang beroperasi terbiar dan tenaga, serta mempercepat transformasinya menjadi hab maritim pintar dan rendah karbon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan berupaya mengekalkan momentum jualan mereka pada separuh kedua 2026.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, meneruskan kenaikan susulan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat 27 peratus kepada RM103.92 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun, 2026, daripada RM82.06 juta pada suku yang sama tahun lepas.