Terdapat 156 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

CelcomDigi Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM408 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meningkat kepada RM408.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM341.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kekurangan Minat Belian

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan minat belian yang terhad susulan ketiadaan sokongan belian yang kukuh dalam keadaan prestasi bercampur-campur Wall Street.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kelemahan di Bursa Komoditi AS (COMEX) selepas pasaran menyesuaikan diri dengan jangkaan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih agresif.

Untung Bersih Suku Pertama Hume Cement Bagi Tahun Kewangan 2027 Naik Kepada RM64.36 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hume Cement Industries Bhd meningkat kepada RM64.36 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) daripada RM61.21 juta dalam suku sama tahun sebelumnya.

Keuntungan Bersih Guan Chong Melonjak Kepada RM277.65 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih pengeluar ramuan makanan berasaskan koko, Guan Chong Bhd meningkat kepada RM277.65 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM41.24 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Dutch Lady Lonjak 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd melonjak 26.2 peratus kepada RM40.46 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM32.05 juta sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati Jejas Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Fastprint Dan Fastrain, Bincang Peluang Pelaburan Industri Teknologi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Fastprint dan Fastrain di sini hari ini bagi membincangkan perkembangan serta cadangan pelaburan kedua-dua syarikat itu di Malaysia.

Indonesia Naikkan Kadar Faedah Penanda Aras Kepada Enam Peratus Bagi Stabilkan Rupiah

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 18 Nov (Bernama) -- Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 6.0 peratus sebagai langkah awal menstabilkan rupiah yang semakin lemah serta mengawal inflasi di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan di Wall Street semalaman berikutan kebimbangan mengenai aktiviti jualan saham berkaitan teknologi susulan gangguan yang menjejaskan rangkaian Agensi Keselamatan Negara (NSA), Microsoft Outlook dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).

MR DIY Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Rendah Kepada RM127.34 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM127.34 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 (S3 TK2026) berbanding RM136.12 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas di tengah-tengah perbelanjaan yang lebih tinggi.