Terdapat 679 berita berdasarkan kata kunci carian "po"

IHP Malaysia Diunjur Kekal Rendah Pada 1.8 Peratus Pada 2026, 1.6 Peratus Pada 2027 – CGS International

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia kekal rendah pada 1.8 peratus bagi baki 2026 berbanding unjuran sebelumnya sebanyak 1.9 peratus manakala IHP bagi 2027 diunjur berada dalam julat 1.6 hingga 2.1 peratus.

Cyberview, GBS Malaysia Meterai MoU Bagi Perkukuh Cyberjaya Sebagai Hab GBS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dan Majlis Perkhidmatan Perniagaan Global Digital Malaysia (GBS Malaysia) menjalin satu kerjasama strategik untuk menarik pelaburan perkhidmatan perniagaan global (GBS) bernilai tinggi ke Cyberjaya.

Kewangan Islam Pada Kedudukan Baik, Sokong Keperluan Pelaburan ASEAN Yang Meningkat – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kontraktor Johor Raih 2,631 Projek Pembinaan Bernilai RM40.65 Bilion Pada 2025 – Exco

ISKANDAR PUTERI, 20 Nov (Bernama) -- Kontraktor tempatan di Johor merekodkan 2,631 projek pembinaan bernilai RM40.65 bilion sepanjang 2025, berdasarkan data Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD).

Projek Solar CRESS Pertama Malaysia Dijangka Perkukuh Pelaksanaan SREEZ@NCER

ALOR SETAR, 20 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Special Renewable Energy Zone@NCER (SREEZ@NCER) yang diterajui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatat kemajuan penting dengan bermulanya pembinaan projek solar pertama Malaysia di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) di Kedah Rubber City (KRC).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Jualan Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.

PM Anwar Berlepas Pulang Selepas Hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Di China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China, yang menyaksikan beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 di sini.

Maybank Laksana urus Niaga Pertama MGS Dalam Bentuk Token Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Maybank berjaya menyelesaikan urus niaga tokenisasi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang pertama di negara ini menerusi program perintis bersama cabang insuransnya Etiqa Life Insurance Bhd.

Perdagangan Malaysia Meningkat 58 Peratus Kepada RM436.6 Bilion Pada Oktober - DOSM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 58 peratus tahun ke tahun kepada RM436.6 bilion pada Oktober 2026 daripada RM276.3 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KPF Dapatkan Khidmat Firma Guaman Di Arab Saudi Bagi Laksana Keputusan Timbang Tara RM172.94 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dalam proses mendapatkan khidmat firma guaman tempatan di Arab

Menteri APEC Gesa Pembaharuan WTO, Perkukuh Integrasi Perdagangan Serantau

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa pembaharuan yang bermakna dilaksanakan terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi menambah baik fungsinya dan memastikan ia kekal relevan dan responsif terhadap kepentingan negara anggota dalam menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin berkembang.

CIDB Gesa Kontraktor Dorman Kemas Kini Status Sebelum 29 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa kontraktor berstatus dorman supaya mengemas kini maklumat dan status pendaftaran masing-masing dalam Sistem Pengurusan Industri Pembinaan (CIMS) CIDB sebelum 29 November ini bagi mengelak implikasi terhadap pendaftaran syarikat.