Terdapat 260 berita berdasarkan kata kunci carian "tumbuh"

Big Caring Group Unjur Pertumbuhan Dua Digit Daripada Pengambilalihan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Big Caring Group Bhd mengunjurkan rancangan pengambilalihannya akan memacu pertumbuhan dua digit bagi syarikat farmaseutikal berkenaan.

CelcomDigi Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM408 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meningkat kepada RM408.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM341.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Malaysia Perkukuh Perdagangan Terbuka, Multilateralisme Dalam Perpecahan Ekonomi Global - PM Anwar

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap perdagangan terbuka, multilateralisme dan integrasi ekonomi serantau yang lebih baik dalam keadaan ketegangan geopolitik yang meningkat dan perpecahan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RTS Link: Permintaan, Pembelian Hartanah Rakyat Singapura Di Johor Dijangka Meningkat

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Permintaan dan pembelian hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru dan Iskandar Puteri dijangka meningkat susulan beroperasinya Sistem Transit Rapid (RTS) Link pada Feb depan yang bakal memperkukuh kesalinghubungan antara Johor Bahru dengan Singapura.

Reformasi Kerenah Birokrasi Jimat Kos Pematuhan RM3.71 Bilion Setakat 30 Okt

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sebanyak 1,703 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan dengan 654 projek selesai dilaksanakan serta penjimatan kos pematuhan berjumlah RM3.71 bilion, setakat 30 Okt 2026.

Johor Bentang Belanjawan 2027 Berjumlah RM3.07 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.07 bilion dan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.

Pertumbuhan KDNK Kukuh Pacu Pengukuhan Ringgit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong sentimen yang bertambah baik susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku ketiga 2026.

Anwar Sampaikan Kenyataan Negara Pada Mesyuarat Pemimpin APEC, Adakan Pertemuan Perniagaan

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 hari ini, yang menjadi platform kepada para pemimpin membincangkan keutamaan ekonomi serantau serta memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran global.

Kerajaan Perkukuh Industri Hiliran Getah Melalui R&D, Pengkomersialan -- KPK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

Kertas Strategi BNM Perluas Penggunaan Kontrak Syariah Dalam Pembiayaan, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kertas Strategi terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) menggariskan bagaimana rangkaian kontrak Syariah yang lebih luas boleh diaplikasikan secara lebih terarah dan pelbagai bagi memenuhi keperluan pembiayaan, pelaburan dan perlindungan yang semakin berkembang, menurut bank pusat itu.

MBSB Investment Bank Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.