4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengkaji cadangan pemberian pengecualian penuh cukai jualan secara berfasa bagi prime mover elektrik dan kenderaan komersial elektrik lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneliti data ekonomi dan inflasi sebelum menentukan sama ada untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2027, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Impak sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip ke pusat data di luar negara masih terlalu awal untuk dinilai memandangkan perkembangan berkaitan perkara itu masih berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai mengurangkan kebergantungannya terhadap mana-mana sektor tunggal, termasuk kecerdasan buatan (AI), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
4hari ago
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- China, sebagai antara kuasa teknologi terkemuka dunia, mempunyai peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara kuasa pertengahan di Asia Tenggara, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan industri itu.
4hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi tumpuan, antara lain, kepada usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan serantau, memperluas kerjasama dalam ekonomi digital serta memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik pada Sidang Kemuncak APEC 2026 di sini.
4hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Industri teknologi canggih Perancis berpotensi menjadi pelanggan utama bagi perkhidmatan pengkomputeran kecerdasan buatan (AI), kata Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd, Tan Sri Francis Yeoh.