BERITA TERKINI   PRN Melaka : BN muktamad rundingan dengan PAS, bertanding 21 kerusi, PAS dan rakan sekutu tujuh kerusi. | BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 1438 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, walaupun terdapat kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Susulan Kebimbangan Peningkatan Stok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap peningkatan stok minyak sawit.

Usahawan Perlu Atasi Sikap Terlalu Rendah Diri Untuk Raih Modal Teroka Asing - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Usahawan Malaysia perlu mengatasi sikap terlalu merendah diri dan sebaliknya giat membina kemampuan berbicara serta penceritaan yang meyakinkan jika mahu mendapatkan modal teroka asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Cosmos Technology Cadang Ambil Alih 51 Peratus Orisystems Pada RM16.52 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cosmos Technology International Bhd mencadangkan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Orisystems Opto Sdn Bhd pada harga RM16.52 juta.

LYC Healthcare Berdepan Digantung Dagangan, Nyahsenarai Selepas Gagal Lantik Penaja

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- LYC Healthcare Bhd berdepan penggantungan dagangan pada 27 Okt, 2026 dan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Securities Bhd dua hari kemudiannya.

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak Bernilai RM30.10 Juta Bagi Kerja Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) iaitu anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd menerima surat lantikan (LOA) bernilai RM30.1 juta bagi kerja-kerja kontrak sebagai kontraktor utama bagi sebuah pusat data di Kulai, Johor. 

Unit MMAG Jual Pesawat Boeing B737-400SF Pada Harga US$2.8 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) --  MMAG Holdings Bhd (MMAG) melalui anak syarikat tidak langsungnya, MJets Air Sdn Bhd, menjual sebuah pesawat Boeing B737-400SF kepada Mont Gabanon Airlines (MGA) dengan harga tunai US$2.8 juta.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar AS.

Unit GDB Peroleh Subkontrak Bernilai RM118.99 Juta Bagi Program Ramalan Banjir Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd (GDB), GDB Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM118.99 juta bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 di Sarawak.

Inflasi Malaysia 2026 Diunjur Kekal Terkawal Pada 1.9 Peratus — OCBC, RHB IB

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan kekal terkawal pada 1.9 peratus pada 2026, menurut firma penyelidikan.

MBSB IB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 32 Peratus, Import 26 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport bagi 2026 kepada 32 peratus (2025: 6.6 peratus) dan import kepada 26 peratus (2025: 6.0 peratus), susulan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan pada September.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran tunai.