5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mereka yang memperjuangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya menyarankan supaya beban cukai dipindahkan daripada sektor perniagaan dan pengeksport kepada rakyat secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Akta Kecekapan dan Konservarsi Tenaga (EECA) 2024 adalah amat kritikal dalam mengurus permintaan elektrik pada masa hadapan kerana ia membolehkan negara merancang kapasiti penjanaan sambil memastikan keselamatan serta kemampuan tenaganya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Krisis kewangan yang melanda negara-negara Asia pada 1997/1998 mungkin menjadi titik noktah bagi sesetengah perniagaan apabila ada syarikat yang terpaksa gulung tikar.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur menilai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terkini dan implikasinya terhadap prospek kadar faedah.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Cadangan memperluas skop dan cakupan Skim i-Sayang KWSP bagi membolehkan suami warganegara Malaysia membuat caruman secara sukarela untuk isteri bukan warganegara memerlukan penelitian menyeluruh bagi memastikan sebarang peluasan kekal selaras dengan tujuan asal i-Sayang serta kerangka dasar simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
6hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup ketara lebih tinggi pada Rabu, disokong kenaikan harga minyak soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini di tengah-tengah pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini, walaupun terdapat peningkatan di Bursa Komoditi AS (COMEX).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu.