Terdapat 1497 berita berdasarkan kata kunci carian "buka"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Menurun Minggu Depan Susulan Ketidaktentuan Harga Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan ketidaktentuan harga tenaga.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kekurangan Pemangkin

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aliran Masuk Dana Asing, KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat. 

TERAJU Perlu Jadi Pemudah Cara Pertumbuhan, Bukan Hanya Sedia Pembiayaan - Akmal Nasrullah

CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) perlu menjadi pemudah cara pertumbuhan yang menghubungkan syarikat Bumiputera kepada peluang sebenar dan bukan hanya sebagai penyedia program atau pembiayaan.

AI: Malaysia Perlu Bina Keupayaan Sendiri Untuk Teraju Era Digital - YTL

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Negara yang mahu menerajui bidang kecerdasan buatan (AI) perlu membangunkan keupayaan domestik merentasi keseluruhan ekosistem AI, bukannya bergantung kepada teknologi yang dibangunkan pihak lain, kata Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong.

Kutipan Hasil Lebih Kukuh Beri Malaysia Ruang Fiskal Tangani Kejutan Luaran - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam tempoh lima bulan pertama 2026 telah mewujudkan ruang fiskal tambahan untuk menangani cabaran yang muncul termasuk kenaikan harga tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli.

LSS6 Bakal Manfaat RM13 Bilion-RM15 Bilion Dalam Pelaburan Swasta- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya. 

Pemecahan Geoekonomi Dorong Malaysia Nilai Semula Keterjaminan Tenaga -- Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia untuk mengkaji penubuhan rizab petroleum negara mencerminkan peralihan yang lebih menyeluruh dalam dasar nasional, menurut pakar.

Bioeconomy Corporation Bantu Firma Sarawak Tembus Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) memudah cara kerjasama bagi membantu syarikat berasaskan bio dari Sarawak menembusi pasaran serantau dan antarabangsa menerusi BIO Asia-Taiwan 2026.