BERITA TERKINI   MTL: Johor kenal pasti 337 lokasi tumpuan banjir, 67 jalan raya berisiko - Exco | 

Terdapat 131 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi "

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mengatasi prestasi lemah di  Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) meskipun logam berharga itu masih berdepan tekanan jualan teknikal.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

Sri Lanka Sasar Peningkatan Eksport Ke Malaysia, Atasi Ketidakseimbangan Perdagangan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sri Lanka berhasrat meningkatkan eksportnya ke Malaysia bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan di antara kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Dharshana M. Perera.

Kerajaan Lulus Lebih RM250 Juta Perkukuh Pembangunan ECRL Di Kelantan - MOF

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM250 juta bagi memperkukuh pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan, termasuk pembinaan terminal bas baharu di Stesen ECRL Kota Bharu dan kerja-kerja awalan bagi cadangan pemanjangan jajaran ke Rantau Panjang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

BNM Terbit Kertas Strategi Untuk Majukan Permohonan Kontrak Syariah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Kertas Strategi bagi memajukan permohonan kontrak syariah untuk ekonomi yang lebih produktif dan inklusif, sejajar dengan objektif syariah. 

PKNPk, GVL Teroka Pembangunan Pusat Data AI Berkapasiti Lebih 100 MW Di Perak

IPOH, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Global Vision Lab Sdn. Bhd (GVL) dalam proses membangunkan pusat data kecerdasan buatan (AI) berskala besar dengan kuasa berkapasiti melebihi 100 megawatt (MW) di Perak.

Trg Inc Cari Rakan Strategik Bangun Semula Taman Tema Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU, 3 Nov (Bernama) -- Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Trg Inc) sedang mencari rakan strategik bagi membangunkan semula taman tema air di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

AS Manfaat Bantuan Asing Bagi Menyokong Penerimaan AI Di Malaysia Di Bawah AI Spark - Duta

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan bantuan luar negaranya untuk menyokong usaha Malaysia menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) Amerika menerusi inisiatif baharu, US-ASEAN AI SPARK.

TERAJU Lonjak Industri Ternakan Ikan Kelah, Jana Ekonomi Bernilai Tinggi - Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Inisiatif pemerkasaan industri ternakan kelah bernilai tinggi di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) terbukti berkesan dalam merintis rantaian ekosistem akuakultur air tawar negara yang mampan, berdaya saing serta menawarkan potensi pendapatan lumayan.

DEFA ASEAN Luaskan Peluang Pasaran Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dijadualkan ditandatangani November ini bakal membuka peluang luas kepada syarikat Malaysia untuk memasarkan dan mengeksport produk mereka ke pasaran ASEAN yang mempunyai 690 juta penduduk.

Pulau Pinang Perlu Pelbagaikan Ekonomi Kurangkan Kebergantungan Sektor E&E

GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.