28minit ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-33 yang berlangsung di Shenzhen, China, pada 18 hingga 19 Nov 2026, menyediakan platform kepada Malaysia untuk menonjolkan kepentingan peluang ekonomi yang lebih adil dan kerjasama serantau yang kukuh, menurut ahli akademik.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dan Majlis Perkhidmatan Perniagaan Global Digital Malaysia (GBS Malaysia) menjalin satu kerjasama strategik untuk menarik pelaburan perkhidmatan perniagaan global (GBS) bernilai tinggi ke Cyberjaya.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM95.61 juta pada suku kedua berakhir pada 30 September 2026, berbanding RM112.26 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Syarikat cat dan salutan global dari Norway, Jotun, sedang menyasarkan pembinaan kilang baharu di Malaysia, sejajar dengan penambahan pelaburannya di Asia Tenggara di tengah-tengah peningkatan penggunaan cat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI kekal iltizam melaksanakan reformasi serta mengambil langkah proaktif memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api walaupun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meneliti data ekonomi dan inflasi sebelum menentukan sama ada untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2027, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Jotun menyasarkan pertumbuhan jualan jangka panjang sebanyak dua digit selepas melabur kira-kira RM500 juta untuk menubuhkan Ibu Pejabat Serantau Asia Tenggara serta Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang baharu di Glenmarie.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber Kaspersky berkata organisasi perlu mewujudkan saluran komunikasi yang disahkan dan mengukuhkan langkah keselamatan siber untuk melindungi kakitangan serta pelanggan daripada potensi penipuan semasa gangguan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang besar.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin mengakhiri penurunan lima hari berturut-turutnya, disokong oleh aktiviti membeli saham mewah terpilih, kata seorang penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) mempergiat usaha untuk mempercepat monetisasi sumber minyak dan gas (O&G) negara dengan menambah baik persekitaran pelaburan serta memacu transformasi industri.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemeriksaan mata bagi penghidap diabetes berupaya membantu Malaysia menjimatkan antara RM10 juta hingga RM20 juta, melalui pengesanan awal penyakit tersebut serta pencegahan kebutaan yang selaras dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030).