Terdapat 841 berita berdasarkan kata kunci carian "rm1"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan terhadap kenaikan dalam inventori dan permintaan yang agak perlahan tetapi sebahagiannya diimbangi oleh sokongan daripada harga minyak sayuran saingan dan minyak mentah.

Maybank Selesaikan Terbitan Sukuk Mudharabah AT1 RM2.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.

Belanjawan 2027: Perak Mohon Peruntukan Khusus Projek Pemindahan Air Ke Tasik Bukit Merah

IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap menerusi Belanjawan 2027, peruntukan bagi projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah diluluskan dan dapat dilaksanakan tahun depan.

Malaysia Sedang Memasuki Kitaran Pelaburan Air Yang Lebih Menyokong -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang memasuki kitaran pelaburan air yang lebih menyokong memandangkan infrastrukturnya yang sudah lama, kehilangan air yang tinggi, lonjakan dalam permintaan industri dan pusat data termasuk kebolehubahan iklim yang lebih besar telah meningkatkan keperluan untuk memacu kecekapan, kebolehpercayaan serta daya tahan air.

Willowglen MSC Peroleh Kontrak Bernilai RM108 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Willowglen MSC Bhd, iaitu Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) menerima kontrak berjumlah kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal, keselamatan dan pemantauan. 

Ayer Holdings Cadang Peroleh Dua Lot Tanah Di Kuchai Lama Bernilai RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kurang Pemangkin

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin dalam persekitaran aktiviti penjualan berikutan pasaran kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang minat beli pelabur, kata seorang penganalisis.

Untung Bersih Poh Kong Lonjak 60 Peratus Kepada RM193.37 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi, melonjak 59.7 peratus kepada RM193.37 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2026 (TK2026) daripada RM121.10 juta yang diraih setahun sebelumnya.

IPO: RedPlanet Sasar Kumpul Dana RM13.3 Juta, Beralih Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- RedPlanet Bhd menyasarkan untuk mengumpul dana berjumlah RM13.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang peralihan penyenaraian ke Pasaran ACE daripada Pasaan LEAP Bursa Malaysia pada 22 Oktober ini.

Bursa Malaysia Tidak Berubah Pada Sesi Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah pada tengah hari dalam persekitaran tekanan jualan apabila pelabur kekal berhati-hati, menimbang prospek rundingan diplomatik Amerika Syarikat (AS)-Iran berbanding harga minyak dan hasil bon yang tinggi serta jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed)  AS akan menaikkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pelajar UKM Laksana Projek Berasaskan Komuniti, Bantu Jana Pendapatan Komuniti Orang Asli

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Aktiviti penanaman terung memberi peluang kepada sekumpulan pelajar perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengaplikasikan ilmu pengurusan ekonomi yang dipelajari di dewan kuliah, sekali gus membantu komuniti Orang Asli di Bukit Lagong, Selayang, menambah pendapatan mereka.

Sektor Tenaga, Teknologi, Pengangkutan Dan Logistik Catat Aliran Masuk Asing RM194 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Sektor tenaga, teknologi serta pengangkutan dan logistik telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM194 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).