BERITA TERKINI   Lonjakan KDNK mengatasi jangkaan pasaran, catat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014 - PM Anwar | Pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berdepan cabaran global - Akmal Nasrullah | Pertumbuhan ekonomi dijangka terus disokong permintaan domestik, pasaran buruh stabil, perbelanjaan isi rumah dan permintaan global produk E&E bagi separuh kedua 2026 - Kementerian Ekonomi | 

Terdapat 864 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

42 Syarikat Dianugerah Projek FiT, Bakal Jana Pelaburan Bernilai RM4.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 42 syarikat telah dianugerahkan projek di bawah mekanisme Tarif Galakan (FiT) 2026 dengan projek ini dijangka menjadi pemangkin bagi pelaburan yang bernilai kira-kira RM4.3 bilion. 

TH Teruskan Usaha Dapatkan Baki Award Timbang Tara Daripada Al-Rawda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.

Kerajaan 'Bailout' TH Lebih RM10 Bilion Untuk Pulihkan Kedudukan Kewangan, Bukan Jual Aset 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Perniagaan, Orang Awam Berperanan Penting Dalam Perkukuh Keselamatan Tenaga Di Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perniagaan dan orang awam memainkan peranan penting dalam menyokong keselamatan tenaga di Malaysia, menjadi semakin kritikal memandangkan ketegangan geopolitik global terus mengganggu landskap tenaga.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.

TH Disaran Umum Prestasi Kewangan Setiap Suku Tahun Seperti KWSP

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun seperti dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan dan meningkatkan keyakinan pendeposit.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Berikutan Pelabur Tidak Memasuki Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.

Inta Bina Group Peroleh RM115.65 Juta Kontrak Pembinaan Daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd iaitu Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja pembinaan utama bernilai RM115.65 juta daripada Sime Darby Property (KL East) Sdn Bhd.

JV MN Holdings Peroleh Kontrak RM122.31 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).

ITMAX Peroleh Kelulusan MCMC Untuk Projek Bandar Pintar RM134.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilantik sebagai penyedia perkhidmatan sejagat bagi Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu bernilai RM134.3 juta.

Ringgit Kekal Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --  Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila angka pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan prestasi dolar AS.