Terdapat 822 berita berdasarkan kata kunci carian "it"

Anwar, Luxon Bincang Pengukuhan Hubungan Dua Hala Malaysia-New Zealand

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon, bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta usaha memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Kerajaan Perkukuh Industri Hiliran Getah Melalui R&D, Pengkomersialan -- KPK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, susulan tekanan daripada harga minyak mentah yang lebih rendah, sekali gus menjejaskan prospek permintaan biodiesel, kata seorang pedagang.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kelemahan di Bursa Komoditi AS (COMEX) selepas pasaran menyesuaikan diri dengan jangkaan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih agresif.

Untung Bersih Suku Pertama Hume Cement Bagi Tahun Kewangan 2027 Naik Kepada RM64.36 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hume Cement Industries Bhd meningkat kepada RM64.36 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) daripada RM61.21 juta dalam suku sama tahun sebelumnya.

Kertas Strategi BNM Perluas Penggunaan Kontrak Syariah Dalam Pembiayaan, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kertas Strategi terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) menggariskan bagaimana rangkaian kontrak Syariah yang lebih luas boleh diaplikasikan secara lebih terarah dan pelbagai bagi memenuhi keperluan pembiayaan, pelaburan dan perlindungan yang semakin berkembang, menurut bank pusat itu.

MBSB Investment Bank Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.

Penilaian Kesiapsiagaan Tenaga Nuklear Negara Dijangka Dimuktamad Suku Kedua 2027 – Petra

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Penilaian kesiapsiagaan pembangunan tenaga nuklear negara berasaskan kriteria Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2027 bagi menentukan hala tuju dan keputusan berhubung pembinaan loji nuklear.

Malaysia Tumpu Kembang Perdagangan, Kekal Hubungan Baik Untuk Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia terus menumpukan kepada usaha mengembangkan perdagangan, menarik pelaburan dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang yang lebih besar bagi perniagaan.

Jotun Sasar Kilang Baharu Di Malaysia, Tingkat Pelaburan Di Asia Tenggara

Oleh Zufazlin Baharuddin

SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Syarikat cat dan salutan global dari Norway, Jotun, sedang menyasarkan pembinaan kilang baharu di Malaysia, sejajar dengan penambahan pelaburannya di Asia Tenggara di tengah-tengah peningkatan penggunaan cat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.