Terdapat 286 berita berdasarkan kata kunci carian " geopolitik "

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aliran Masuk Dana Asing, KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.

Kutipan Hasil Lebih Kukuh Beri Malaysia Ruang Fiskal Tangani Kejutan Luaran - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam tempoh lima bulan pertama 2026 telah mewujudkan ruang fiskal tambahan untuk menangani cabaran yang muncul termasuk kenaikan harga tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli.

Pelabuhan Di Malaysia Akan Raih Manfaat Daripada Peralihan Rantaian Bekalan - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.

TIV Automotif 2026 Malaysia Berada Pada 790,000 Unit - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.

Pemecahan Geoekonomi Dorong Malaysia Nilai Semula Keterjaminan Tenaga -- Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia untuk mengkaji penubuhan rizab petroleum negara mencerminkan peralihan yang lebih menyeluruh dalam dasar nasional, menurut pakar.

88 Peratus Firma Jerman Yakin Iklim Perniagaan Malaysia Kekal Kondusif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Sebanyak 88 peratus syarikat Jerman menilai keadaan perniagaan semasa mereka di Malaysia sebagai "baik" atau "memuaskan", mencerminkan keyakinan berterusan terhadap negara ini walaupun berdepan peningkatan tekanan geopolitik global.

Stok Petroleum : Malaysia Perlu Laksanakan Pendekatan Fiskal Berhemat, Berperingkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Hasrat Malaysia mewujudkan stok simpanan petroleum negara perlu berlandaskan pendekatan fiskal berhemat dan dilaksanakan secara berperingkat, kata ahli ekonomi.

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Di Tengah-tengah Kelemahan Niaga Serantau

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan penurunannya untuk dua sesi dagangan berturut-turut pada Khamis dipengaruhi oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Jangan Ambil Mudah Kesan Ekonomi Susulan Selat Hormuz Tutup Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.