Terdapat 295 berita berdasarkan kata kunci carian " manfaat"

Kerajaan Selaras Hala Tuju Pelaburan GLIC, Dana Awam Menerusi GEAR-uP, MKD

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyelaras hala tuju pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dana awam menerusi dasar pembangunan negara yang jelas, mekanisme GEAR-uP serta peranan strategik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Harga MSM Dijangka RM4,400 Hingga RM4,650 Satu Tan Pada Ogos - MPOC

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Harga minyak kelapa sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan antara RM4,400 hingga RM4,650 satu tan metrik pada Ogos, disokong oleh pelaksanaan biodiesel B50 Indonesia bermula Julai, pasaran tenaga lebih kukuh serta ekonomi biodiesel yang semakin baik.

ECRL Perkukuh Pertumbuhan Ekonomi Di Pantai Timur - Timbalan Menteri

Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur. 

Pengeluar Pelincir Malaysia Hyrax Oil Lebar Sayap Ke Lima Pasaran Asia Tenggara

BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Malakoff Manfaatkan Inovasi Perkukuh Keselamatan Tenaga, Kurangkan Pelepasan Karbon

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Keselamatan tenaga kekal menjadi teras dalam peralihan Malaysia menuju masa depan rendah karbon, dengan inovasi memainkan peranan penting bagi memastikan bekalan elektrik yang dipercayai dan mampan untuk isi rumah, perniagaan dan industri.

Syamsul Farizz Terajui ECERDC, Pacu Agenda ECER 2030

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Farizz Nadzeri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Pelabuhan Di Malaysia Akan Raih Manfaat Daripada Peralihan Rantaian Bekalan - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.

LSS6 Bakal Manfaat RM13 Bilion-RM15 Bilion Dalam Pelaburan Swasta- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya. 

KDNK Suku Kedua Berkembang 5.8 Peratus, Bukti Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh - Akmal Nasrullah

CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 hari ini menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.

TIV Automotif 2026 Malaysia Berada Pada 790,000 Unit - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.