BERITA TERKINI   Liga Super: KL City FC 0-1 Penang FC | 

Terdapat 412 berita berdasarkan kata kunci carian "masa"

Untung Bersih Sunway Healthcare Naik Kepada Rm95.17 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Xi Jinping Gesa Ekonomi APEC Perkukuh Empat Tonggak Kerjasama Serantau

Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi  

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) - Presiden China Xi Jinping hari ini menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk memperkukuh solidariti, keterbukaan ekonomi, inovasi, dan pembangunan inklusif bagi merealisasikan visi membina komuniti yang lebih kuat dan mampan.

Big Caring Group Unjur Pertumbuhan Dua Digit Daripada Pengambilalihan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Big Caring Group Bhd mengunjurkan rancangan pengambilalihannya akan memacu pertumbuhan dua digit bagi syarikat farmaseutikal berkenaan.

CelcomDigi Catat Keuntungan Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM408 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meningkat kepada RM408.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM341.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Modal Harus Jana Manfaat Ekonomi Lebih Meluas, Sokong Generasi Masa Depan - Fadillah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Modal harus menjana manfaat ekonomi yang lebih luas dengan pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB), inovasi dan kelestarian menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kerajaan Rangka Penambahbaikan Mekanisme Insentif EV

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang merangka penambahbaikan mekanisme insentif kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan pemberiannya selaras dengan sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 1.9 Peratus Pada Oktober 2026 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Oktober 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Anwar Sampaikan Kenyataan Negara Pada Mesyuarat Pemimpin APEC, Adakan Pertemuan Perniagaan

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 hari ini, yang menjadi platform kepada para pemimpin membincangkan keutamaan ekonomi serantau serta memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran global.

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

MBSB Investment Bank Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.

Malaysia Tumpu Kembang Perdagangan, Kekal Hubungan Baik Untuk Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia terus menumpukan kepada usaha mengembangkan perdagangan, menarik pelaburan dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang yang lebih besar bagi perniagaan.

Jotun Sasar Kilang Baharu Di Malaysia, Tingkat Pelaburan Di Asia Tenggara

Oleh Zufazlin Baharuddin

SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Syarikat cat dan salutan global dari Norway, Jotun, sedang menyasarkan pembinaan kilang baharu di Malaysia, sejajar dengan penambahan pelaburannya di Asia Tenggara di tengah-tengah peningkatan penggunaan cat.