BERITA TERKINI   Maldives, Malaysia tegaskan sokongan terhadap penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan Palestin - Presiden Muizzu | Jana Wibawa: Muhyiddin bebas satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram, berdepan tiga lagi tuduhan salah guna kedudukan | PM Anwar gesa penyelesaian segera isu penjagaan kesihatan jejas rakyat Maldives di Malaysia, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI  | Malaysia cadang anjur Suruhanjaya Bersama Malaysia–Maldives di Kuala Lumpur sebelum akhir tahun - PM Anwar | Malaysia akan selesaikan isu birokrasi ibu bapa pelajar dari Maldives yang menemani anak melanjutkan pengajian menjelang mesyuarat Kabinet akan datang - PM Anwar | 

Terdapat 795 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Rizab Petroleum Perlu Jadi Sebahagian Strategi Keselamatan Ekonomi Lebih Luas - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rizab petroleum negara tidak seharusnya menjadi inisiatif tenaga yang berasingan, sebaliknya merupakan antara komponen strategi keselamatan ekonomi yang lebih luas meliputi keterjaminan makanan, mineral kritikal, semikonduktor dan infrastruktur digital, kata ahli ekonomi.

CIMB Semak Semula Unjuran KDNK Separuh Kedua 2026 Kepada 4.1 Peratus, Naikkan Unjuran Tahun Penuh Kepada 4.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh kedua 2026 kepada 4.1 peratus dan menaikkan unjuran tahun penuh 2026 kepada 4.8 peratus daripada 4.3 peratus seiring dengan prestasi kukuh pada suku kedua 2026.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Dalam Julat 1,720 Hingga 1,750 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis. 

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lengang Minggu Depan Susulan Cuaca Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lengang minggu depan, dengan permintaan mungkin didorong terutamanya oleh aktiviti pembelian bagi menambah semula stok susulan bekalan yang tidak menentu akibat faktor cuaca.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Menurun Minggu Depan Susulan Ketidaktentuan Harga Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan ketidaktentuan harga tenaga.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kekurangan Pemangkin

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aliran Masuk Dana Asing, KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.