BERITA TERKINI   Selangor umum bantuan khas dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, dibayar menjelang 21 Dis - MB Amirudin  | Selangor peruntuk RM24 juta sektor pengangkutan awam, sasar 60 peratus kadar penggunaan pada 2027 - MB Amirudin | Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM3.3 bilion, RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM1.4 bilion bagi pembangunan - MB Amirudin | PRN Melaka: Pengundi disaran keluar mengundi awal, patuhi arahan SPR - Fahmi | Hubungan Malaysia-Indonesia akan terus utuh tanpa mengira apa yang berlaku dalam dinamika politik - Fahmi | 

Terdapat 504 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Tengah Hari Di KB, Malam Di KL, Perjalanan Sekitar Empat Jam Guna ECRL

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sebelum berakhirnya tahun 2026, seorang penduduk Kuala Lumpur boleh berkunjung ke Kota Bharu (KB) untuk menikmati nasi kerabu Kelantan pada waktu makan tengah hari dan kembali semula ke Kuala Lumpur (KL) untuk makan malam di restoran mamak.

Kira-kira 10 Daripada Lebih 30 Syarikat ATE Di Pulau Pinang Tersenarai Di Bursa Malaysia

GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang kini menempatkan lebih 30 syarikat dalam sektor peralatan ujian automatik (ATE) dan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan jumlah permodalan pasaran terkumpul kira-kira RM40 bilion. 

MAG Umum Pelan Penggantian Pesawat Badan Lebar Jarak Jauh Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dijangka mengumumkan pelan penggantian pesawat badan lebar untuk penerbangan jarak jauh pada bulan depan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar.

Penanggung Insurans, Pengendali Takaful Perlu Tingkat Profesionalisme Ejen -- LIAM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) perlu mengukuhkan sistem pengurusan agensi mereka, khususnya dalam pengambilan, latihan, bimbingan dan penyeliaan untuk memastikan ejen menyampaikan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggan, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Tiada Petunjuk Cip AI Berkaitan Isu Nvidia-Megaspeed Dieksport Dari Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengembangan Koa Denko Bakal Wujudkan Lebih 950 Peluang Pekerjaan Di Melaka – Ab Rauf

MELAKA, 13 Nov (Bernama) -- Pengembangan operasi pembuatan KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di Ayer Keroh dijangka mewujudkan lebih 950 peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan prospek pekerjaan dan membangunkan tenaga kerja tempatan berkemahiran di Melaka.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini didorong oleh sentimen dagangan yang berhati-hati, sejajar dengan aliran penurunan di kebanyakan pasaran serantau.

Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada Megaspeed, Speedmatrix, Lawatan Ke Pusat Data Sebahagian Pemantauan Rutin - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak pernah memberikan kelulusan kepada Megaspeed International Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura atau syarikat sekutunya di Malaysia, Speedmatrix Sdn Bhd, dengan lawatan ke pusat data merupakan sebahagian daripada pemantauan rutinnya.

Jualan Perdagangan Borong Dan Runcit Naik Kepada RM183.1 Bilion Pada September 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jualan lebih tinggi sebanyak RM183.1 bilion pada September 2026, meningkat 15.9 peratus tahun ke tahun, disokong pertumbuhan dalam ketiga-tiga subsektornya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Transaksi Harta Tanah Catat Pertumbuhan 0.7 Peratus Pada Suku Ketiga 2026

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Prestasi pasaran harta tanah negara pada suku ketiga 2026 berkembang 0.7 peratus, menokok kepada 108,990 transaksi berbanding suku ketiga 2025 dengan nilai transaksi sebanyak RM60.31 bilion.

Hasil Sektor Perkhidmatan Malaysia Naik 11 Peratus Kepada RM732.5 Bilion Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan Malaysia meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM732.5 bilion pada suku ketiga 2026, manakala indeks volum mencatatkan peningkatan 5.9 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).