7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.
13hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 4 Ogos (Bernama) -- Forbes Asia mengumumkan senarai ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion 2026’ yang menampilkan 200 syarikat tersenarai kecil dan sederhana berprestasi terbaik di Asia Pasifik, dengan jumlah syarikat Malaysia dalam senarai itu meningkat lebih dua kali ganda kepada 19.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Program integrasi tenaga Grid Tenaga ASEAN (APG) kini dinilai berada pada tahap yang amat progresif apabila telah beralih ke fasa pengoperasian bagi pelaksanaan perdagangan tenaga rentas sempadan secara multilateral, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Industri telekomunikasi mudah alih dijangka mencatatkan hasil yang meningkat sedikit antara dua hingga tiga peratus pada 2026 disebabkan pemulihan pasaran yang mambantu mengurangkan kesan perakaunan ekuiti ke atas kerugian bersih Digital Nasional Bhd (DNB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) memperoleh kontrak bernilai RM86 juta bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan kabel penghantaran talian atas 275 kilovolt (kV) serta infrastruktur tenaga berkaitan untuk sebuah pusat data di Kapar, Selangor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) --Southern Cable Group Bhd telah memperoleh pensijilan produk rasmi daripada penyedia utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membekalkan kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi.